Tarikh   : 28 September 2019

Masa     : 08.00 - 13.00

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Belia dan Komuniti Setempat 

 

Tujuan:

Program ini bertujuan melestarikan Pusat Internet sebagai pusat ICT dan kesihatan. Program ini juga bertujuan mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti kampung, agensi-agensi yang terlibat, serta MPKK untuk mewujudkan komuniti yang sihat dan bijak IT. Selain itu, program ini dilaksanakan untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran peserta serta saringan kesihatan yang dilakukan oleh KOSPEN Kampung Pelandok. Kemudian aktiviti diteruskan dengan KDB Talk dan pengenalan Pusat Internet oleh Pengurus Pusat Internet Sadong Jaya. Program diteruskan dengan ceramah kesihatan daripada Dr Muhd Fahmi bin Mohd Diah daripada Klinik Kesihatan Sadong Jaya berkenaan dengan penyakit-penyakit yang diperolehi melalui seks bebas. Aktiviti diteruskan dengan taklimat pengenalan ringkas daripada KOSPEN Kampung Pelandok. Program diteruskan dengan acara perasmian yang dirasmian oleh Penghulu Hj Osien bin Hj Long. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah, cabutan bertuah dan penyampaian cenderahati.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 27 September 2019

Masa     : 14.30 - 17.00

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah dan Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mendedahkan pelajar akan perkakasan dan perisian komputer. Pelajar juga didedahkan dengan penggunaan MYTV MyFreeview iaitu siaran digital yang bakal mengganti siaran analog yang akan ditamatkan tidak lama lagi.

 

Aktiviti:

Bersempena dengan program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan bersama Pusat Internet Sadong Jaya, kelas ini diselitkan dengan aktiviti KDB dan kuiz online Kahoot yang berkaitan dengan kesihatan. Pelajar yang berjaya menjawab kuiz mendapat hadiah menarik daripada pihak Pusat Internet.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 24 September 2019

Masa     : 09.00 - 12.30

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelatih PDK Sadong Jaya

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar pelatih PDK (OKU) Sadong Jaya menaip menggunakan komputer. Mereka diajar menaip satu perenggan karangan pendek menggunakan MS Office Word.

 

Aktiviti:

Pelajar dikenalkan dengan KDB Teknologi Dan Anda dan peralatan asas komputer. Kemudian mereka diajar menaip menggunakan komputer dengan aplikasi MS Office Word. Mereka menaip sendiri dengan bantuan dan pemantauan daripada petugas. Setiap mereka mendapat hadiah cenderahati atas usaha mereka bersungguh-sungguh dan semangat mereka menaip satu karangan sehingga habis.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 27 September 2019

Masa     : 09.00 - 12.00

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelajar TABIKA KEMAS

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mendedahkan anak-anak TABIKA dengan penggunaan komputer dan teknologi dalam kehidupan seharian kita. Mereka juga di ajar cara mewarna secara online denagn melayari laman web Disney Online Colouring. Pelajar juga dideahkan dengan penggunaan komputer yang hampir sama dnegan penggunaan telefon pintar.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan asas peralatan teknologi masa kini dengan mengedarkan setiap pelajar dengan sehelai kertas yang berlainan gambar. Kemudian pelajar diarahkan berkumpul dalam kumpulan gambar yang sama. Mereka kemudian diberikan satu permainan 'jigsaw puzle' gambar Klik Dengan Bijak. Selepas itu pelajar diajar cara mewarna digital online. Setelah selesai mewarna, aktiviti diteruskan dengan 'Menyanyi dan Menari bersama Youtube' dengan menayangkan video lagu kanak-kanak kegemaran anak-anak masa kini. 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 23 September 2019

Masa     : 09.00 - 12.30

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Lepasan Pelajar Universiti

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar dan memberi pengetahuan kepada belia lepasan Universiti yang ingin mencari pekerjaan di internet. Internet adalah slaah satu medium untuk mencari peluang pekerjaan selain daripada menghadiri temuduga terbuka yang selalu diadakan oleh syarikat-syarikat yang memerlukan tenaga kerja.

 

Aktiviti:

Pelajar di ajar cara mencari laman web yang menawarkan peluang di internet. Pelajar di ajar membuat akaun yang berkaitan agar beliau mudah untuk mencari pekerjaan yang diidamkan. Pelajar membuat sendiri dengan pemantauan daripada petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar