Tarikh   : 13 Mei 2018

Masa     : 8.00 am - 11.00 am

Lokasi   : Pi1M Sadong Jaya

Peserta : Komuniti Tempatan (30 orang)

 

Tujuan:

Bengkel ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu keusahawan dan ilmu kecantikan serta penjagaan kulit oleh wakil Beauty Consultant dari Mary Kay. Para peserta bengkel dikenalkan dengan apa itu produk Mary Kay dan bagaimana menjana pendapatan sampingan dengan menjalankan bisnes produk Mary Kay. Selain itu mereka juga secara tidak langsung mempromosikan Mary Kay di kalangan penduduk tempatan. 

 

Aktiviti:

Bengkel dimulakan dengan acara suai kenal antara peserta dan team Mary Kay yang terlibat. Salah seorang dari team Mary Kay adalah ahli Pi1M Sadong Jaya yang sering mengikuti program-program keusahawanan yang diadakan di Pi1M Sadong Jaya. Para peserta kemudian didedahkan dengan produk-produk Mary Kay dan wakil-wakil Beauty Consultant Mary Kay berkongsi kejayaan mereka dalam menjalankan bisnes Mary Kay. Peserta kemudian diajar cara penjagaan muka dengan betul beserta praktikal menggunakan produk Mary Kay. 

Klik Di SIni Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 6 Mei 2018

Masa     : 3.00 pm - 4.00 pm

Lokasi   : Pi1M Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Sekolah (1 orang)

 

Tujuan:

Mengajar pelajar sekolah menengah cara untu menambahbaik gambar yang sedia ada menggunakan Adobe Photoshop CS6. Mengajar pelajar cara menukar latar belakang gambar yang sedia ada dengan latar belakang yang lain.

 

Aktiviti:

Membuka aplikasi Photoshop CS6 di komputer dan membuka fail gambar yang telah dimuatturun dari Google Image. Aktiviti menambahbaik gambar dimulakan dengan membuang background gambar yang sedia ada. Kemudian gambar yang telah dibuang latarbelakang diletakkan ke atas latar belakang yang baru.

Klik Di SIni Untuk Gambar

 

 

 

 

Tarikh   : 28 April 2018

Masa     : 2.00 pm - 5.30 pm

Lokasi   : Pi1M Sadong Jaya

Peserta : Pelajar dan Belia (30 orang)

 

Tujuan:

Mengajar para pelajar dan belia menggunakan Photoshop (Adobe Photoshop) untuk menambahbaik gambar yang sedia ada. Dengan adanya bengkel ini, para pelajar mendapat sedikit ilmu pengetahuan tentang penggunaan asas Adobe Photoshop.

 

Aktiviti:

Bengkel dimulakan dengan dempstrasi dan penerang ringkas daripada pengajar En Nazri bin Baini (Pensyarah Politeknik Kuching) tentang Adobe Photoshop. Para peserta kemudiannya membuat latihan sendiri dengan pemantauan dan tunjuk ajar pengajar.

 

Klik Di SIni Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 2 Mei 2018

Masa     : 9.00 am - 11.00 am

Lokasi   : Pi1M Sadong Jaya

Peserta : Warga Usia Emas (6 Orang)

 

Tujuan:

Kelas Dashboard Komuniti diadakan bagi memperkenalkan apa itu Dashboard Komuniti kepada warga usia emas dan mengajak mereka untuk menyertai pertandingan yang berlangsung di Dashboard Komuniti. 

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan mengajar para pelajar untuk log masuk dan kemudiannya menyuruh mereka menyambung menjawab kuiz yang seterusnya (mereka sudah jawab pada minggu-minggu yang lepas). Mereka juga diajar untuk menggunakan modul-modul lain di dalam Dashboard Komuniti.

Klik Di SIni Untuk Gambar

 

 

 

Tarikh   : 28 April 2018

Masa     : 9.00 am - 1.30 pm

Lokasi   : Pi1M Sadong Jaya

Peserta : Usahawan (30 orang)

 

Tujuan:

Mengajar usahawan tempatan agar mengiklankan produk mereka secara atas talian (online marketing) dengan penggunaan Facebook, Instagram dan juga WhatsApp. 

 

Aktiviti:

Bengkel dimulakan dengan penerangan daripada Penceramah Puan Surafah binti Mos (Pensyarah Politeknik Kuching). Para peserta kemudiannya menbuat praktikal sendiri menggunakan komputer yang disediakan ataupun telefon pintar masing-masing.

 

Klik Di SIni Untuk Gambar