Tarikh   : 8 April 2019

Masa     : 0900 - 1300

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar belia membuat resume menggunakan Microsoft Office Word. Beliau tengah mencari pekerjaan yang lebih baik daripada pekerjaan beliau yang sekarang dan perlu membuat resume untuk menghadiri temuduga yang beliau terima.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai penjagaan komputer. Kemudian beliau di ajar cara membuat resume menggunakan MS Office Word. Memandangkan belia seorang yang biasa menggunakan komputer (MS Office Word) tetapi masih belum mengetahui fungsi kebanyakkan 'tools' yang ada di MS Office Word, petugas mengajar beliau menggunakan segala 'tools' yang ada untuk mencantikkan lagi resume beliau.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

 

Tarikh   : 1 April 2019

Masa     : 1400 - 1700

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Kelas ICT ini bertujuan untuk mengajar pelajar sekolah rendah cara untuk mencari gambar yang mereka sukai di Google Search Engine. Perkara ini perlu diketahui dan dipelajari oleh setiap pelajar kerana pada masa sekarang mereka perlu membuat kerja kursus / kerja sekolah mereka yang perlu lampiran gambar contoh dari internet. 

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk penjagaan komputer kepada pelajar sekolah rendah. Kemudian, beliau diajar cara untuk mencari gambar di internet menggunakan Google Search Engine dan menyimpan gambar tersebut ke dalam komputer (diajar sekali cara menyimpan dokumen/dokumen arrangement di dalam komputer). Pelajar juga diajar cara menghantar folder yang telah mereka buat ke pendrive.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 7 Mac 2019

Masa     : 1400 - 1700

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar belia cara membuat emel yang rasmi. Emel yang dibuat adalah untuk membuat permohonan pekerjaan secara online iaitu SPA8i. SPA8i adalah salah satu medium mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan secara online mengikut kelulusan akademik si pemohon kerja.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan mengajar belia membuat emel gmail yang rasmi dengan menggunakan nama emel yang sesuai. Beliau diingatkan supaya mengingati kata laluan yang dibuat supaya senang untuk beliau membuka akaun emel pada masa akan datang. Kemudian beliau di ajar cara mendaftar dan mengisi permohonan kerja atas talian di laman web SPA8i langkah demi langkah. Beliau membuat sendiri dengan pemantauan dan bantuan daripada petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

 

Tarikh   : 18 Mac 2019

Masa     : 0900 - 1200

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Guru KAFA

 

Tujuan: 

Kelas ini bertujuan mengajar Guru KAFA memasukkan gambar ke dalam tugasan beliau agar nampak seragam, tersusun, teratur, kemas dan tidak dalam pelbagai saiz dan bentuk.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan penerangan daripada petugas tentang pentingnya hasil kerja yang kemas dan teratur. Petugas mengajar cara memasukkan gambar ke dalam dokumen MS Office Word agar kelihatan kemas, cantik, seragam dan teratur. Guru KAFA membuat sendiri dengan bantuan dan pemantauan daripada petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

 

Tarikh   : 6 Mac 2019

Masa     : 1400 - 1700

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar belia membuat buku pelawat untuk KRT kampung mereka. Sebagai setiausaha yang bertanggungjawab membuat segala produk penulisan persatuan, mereka hendaklah membuat buku pelawat yang mengikut kehendak ahli persatuan. Mereka diajar membuat buku pelawat menggunakan Microsoft Office Word.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan membuka Microsoft Office Word di komputer mengajar mereka menukar setting page layout. Kemudian mereka diajar cara memasukkan table. Mereka kemudian membuat sendiri dengan bantuan dan pemantauan daripada petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar