Tarikh : 8 Februari 2019 Masa : 0900 - 1200 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mengajar seorang belia tentang cara menggunakan WhatsApp web untuk memudahkan beliau memuat turun dokumen yang dihantar oleh rakannya.
Aktiviti:
Kelas dimulakan dengan mengajar beliau membuka WhatsApp Web dan mengajar beliau cara scan barcode di komputer ke telefon pintar milik beliau. Beliau kemudian diajara cara memuat turun dokumen yang dihantar oleh rakan beliau.
Tarikh : 25 Januari 2019 Masa : 0700 - 1200 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Warga Emas, Komuniti Tempatan |
Tujuan:
Program ini bertujuan memperkenalkan Pusat Internet sebagai satu tempat rujukan komuniti sihat. Selain itu, program ini juga bertujuan mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan komuniti Kampung, agensi-agensi, JKKK dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat. Program ini juga bertujuan mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktivit:
Aktivit dimulakan dengan acara senamrobik yang dipandu oleh 3 orang warga usia emas. Kemudian, penyampaian KDB Talk daripada petugas Pusat Internet Sadong Jaya diikuti dengan ceramah kesihatan yang disampikan oleh Dr Myzarith Sofia, staff Klinik Kesihatan Sadong Jaya. Program diselangi dengan pemeriksaan kesihatan yang merangkumi kadar tekanan darah, kadar kandungan gula dan Body Mass Index (BMI). Pemeriksaan kesihatan ini dilakukan dengan kerjasama ahli KOSPEN Sadong Jaya. Program diakhiri dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Penghulu Hamzah bin Haji Wahab (mewakili Ayahanda Pemanca Hj Awang Azid bin Awang Yusuf) dan penyampaian hadiah dan cenderahati.
Tarikh : 28 Januari 2019 Masa : 1000 - 1200 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Guru KAFA |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar Guru KAFA menggunakan MS Office Excel dalam sistem pengajaran dan pembelajaran mereka terutamanya ketika menyimpan data dan maklumat pelajar mereka. MS Office Excel memudahkan mereka menyimpan senarai nama pelajar serta pemarkahan pelajar ke dalam komputer serta memudahkan mereka untuk mencetak senrai tersebut.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan penerangan ringkas daripada petugas. Pelajar kemudian membuat sendiri dengan bantuan dan pemantauan daripada petugas.
Tarikh : 24 Januari 2019 Masa : 1400 - 1700 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan:
KDB Talk 24 Januari 2019 adalah salah satu perisian dalam Program Jum Sihat Bersama Pusat Internet Sadong Jaya. KDB Talk ini mendedahkan para pelajar akan bahaya penggunaan internet terutamanya ketika berhubungan dengan orang yang baru dikenbali. DI samping itu, program ini juga mendedahkan para pelajar tentang fungsi dan modul yang terdapat pada Dashboard Komuniti baik di laman sesawang mahupun di aplikasi telefon pintar.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan slide presentation KDB Talk mengenai Online Grooming dan diselitkan dengan tayangan video. Kemudian, para pelajar diberi penerangan tentang modul MyKomuniti dan MyPlace dalam Dashboard Komuniti. Aktiviti dimeriahkan lagi dengan pertandingan membuat Pengumuman Kesihatan di MyKomuniti dan menandakan lokasi-lokasi menarik di MyPlace. Pelajar yang menarik akan mendapat hadiah. Sebelum diakhiri dengan penyampaian hadiah dan pengumuman pemenang, aktiviti diceriakan lagi dengan Kuiz Kesihatan Online Kahoot.
Tarikh : 28 Januari 2019 Masa : 1000 - 1200 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Guru KAFA |
Tujuan:
Kelas MS Office Publisher ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada Guru KAFA penggunaan dan fungsi MS Office Publisher dalam kehidupan masa kini. Guru KAFA diperkenalkan dengan templates yang terdapat di MS Office Publisher.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada MS Office Publisher. Pelajar kemudian diterangkan contoh-contoh produk yang boleh didapati daripada MS Office Publisher. Pelajar diajar cara mudah mengedit satu template iaitu 'Bussiness Card'. Pelajar diajar cara paling simple mengubahsuai template sedia ada mengikut citarasa pelajar sendiri. Kelas akan disambung pada masa akan datang untuk pembelajaran yang lebih mendalam lagi tentang MS Office Publisher.