Tarikh: 15 November 2016 (Selasa)

Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Tempat: SK Pendam

Tujuan:

Memperkenalkan aplikasi MySkool kepada guru dan memberi taklimat tentang KDB. Oleh itu, guru-guru boleh mengaplikasikan MySkool yang merupakan salah satu aplikasi yang menyediakan ruangan untuk pihak sekolah untuk menyalurkan maklumat kepada komuniti setempat seperti pengumuman Kelas Tambahan, Hari Terbuka Sekolah dan sebagainya. Para pelajar juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk mencari dan mempelajari bahan rujukan yang digunakan oleh guru secara atas talian.

 

                             

 

                                             

Tarikh: 25 Oktober 2016

Hari: Jumaat

Tempat: Pusat Internet 1 Malaysia Sadong Jaya

Tujuan: Memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia Sadong Jaya kepada murid-murid Tadika KEMAS Kampung Bilis.

                                      

                                                

Aktiviti ini diadakan seperti berikut:

Tarikh: 8 September 2016
Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Pusat Internet 1 Malaysia Sadong Jaya

   

Kelas Mewarna Digital ini diadakan pada 8 September 2016 (Khamis) sempena Sambutan Hari Malaysia 2016 bertujuan meningkat semangat patriotik di kalangan golongan masyarakat di negara kita. Aktiviti ini di sertai oleh pelajar-pelajar Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sadong Jaya.

 

 

TARIKH: 8 OKTOBER 2016

MASA: 7.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT: PERKARANGAN PEKAN SADONG JAYA

Program ini diadakan dengan kerjasama Pejabat Daerah Sadong Jaya sempena sambutan Hari Sukan Negara di seluruh Malaysia. Hari Sukan Negara ini telah diangkat sebagai Aktiviti Tahunan dalam Kalendar Perlancongan dan akan diadakan pada 8 Oktober setiap tahun. Program ini disertai oleh penduduk kampung di Daerah Sadong Jaya. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan komuniti dan berinteraksi bersama-sama demi mencapai objektif iaitu mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

    

    

    

 

 

Gotong-royong Sempena Hari Kemerdekaan

24 Ogos 2016 - Diadakan gotong-royong membersihkan serta menghias Pi1M Sadong Jaya. Petugas dan ahli Pi1M sama-sama menghias Pi1M dengan bendera sempena bulan Kemerdekaan