Tarikh   : 4 Oktober 2018

Masa     : 2.00 pm - 5.00 pm

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Mengajar pelajar cara untuk mencari gambar yang dikehendaki di Google Image Search Browser dan mengajar para pelajar cara menyimpan gambar tersebut ke dalam komputer. Hal ini supaya pelajar tahu cara untuk menyimpan gambar yang diperlukan untuk membuat kerja rumah yang mungkin akan diberikan oleh guru mereka suatu masa nanti.

 

Aktiviti:

Pelajar di ajar cara membuka browser Google Image Search di komputer masing-masing. Mereka kemudian di suruh menaip nama gambar yang mereka ingin cari. Mereka memilih gambar yang mereka kehendaki dan mereka di ajar cara menyimpan gambar tersebut ke dalam komputer langkah demi langkah. Mereka kemudian membuat sendiri dengan mengikut langkah-langkah yang telah di ajar.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 3 Oktober 2018

Masa     : 9.00 am - 11.00 am

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Belia

 

Tujuan:

Kelas ICT Microsoft Word ini bertujuan mengajar belia tempatan membuat minit mesyuarat untuk persatuan yang beliau ikuti. Di samping itu, beliau juga diajar serba sedikit tentang cara penjagaan komputer yang asas.

 

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan memperkenalkan mereka dengan Dashboard Komuniti dan cara log masuk ke laman sesawang Dashboard Komuniti. Mereka kemudian di ajar cara memulakan menaip menggunakan aplikasi Microsoft Office Word. Kemudian, mereka di ajar cara menggunakan keyboard semasa menaip dan diajar cara mencetak minit mesyuarat tersebut terus dari komputer yang mereka gunakan.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 28 September 2018

Masa     : 10.00 am - 11.00 am

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Penjawat Awam

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar penjawat awam untuk mengemas kini maklumat peribadi mereka di laman sesawang hrmis. Penjawat awam yang terdiri daripada kakitangan KEMAS yang sudah berusia di ajar cara membuka laman sesawang hrmis dan membuat kemas kini maklumat mereka satu persatu.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan penerangan daripada petugas tentang Google Safe Search dan petugas mengajar penjawat awam membuka laman sesawang yang m ereka kehendaki. Petugas mengajar cara mengemaskini dan membiarkan mereka membuat sendiri dengan pemantauan daripada petugas.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 7 Oktober 2018

Masa     : 9.00 pm - 5.00 pm

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Usahawan Tempatan

 

Tujuan:

Kursus Online Marketing anjuran MDEC ini bertujuan untuk membantu usahawan tempatan mempromosikan perniagaan mereka di sosial media dengan cara yang betul. Kursus ini mengajar para usahawan mencipta akaun Facebook, Facebook Page, akaun instagram, dan penggunaan WhatsApp business. Dengan adanya ilmu tentang online marketing ini diharap para usahawan tempatan dapat meningkatkan lagi penjualan barang perniagaan mereka.

 

Aktiviti:

Sesi penerangan ringkas daripada Puan Surafah mengeai kursus ini. Disusuli dengan sesi pengajaran tentang penggunaan akaun Facebook dan cara mencipta Facebook Page untuk perniagaan. Para usahawan juga diajar langkah demi langkah supaya mereka faham penggunaan sosial media untuk menaikkan lagi perniagaan mereka.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 28 September 2018

Masa     : 3.00 pm - 4.00 pm

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Belia

 

Tujuan:

Kelas ICT Microsoft Word ini bertujuan mengajar belia tempatan membuat surat jemputan mesyuarat untuk persatuan yang beliau ikuti. Di samping itu, mereka juga diajar serba sedikit tentang cara penjagaan komputer yang asas. Mereka di ajar cara menambah baik (edit) surat yang telah sedia ada ke maklumat yang mereka perlukan.

 

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan memperkenalkan mereka dengan Dashboard Komuniti dan cara log masuk ke laman sesawang Dashboard Komuniti. Mereka kemudian di ajar cara memulakan menaip menggunakan aplikasi Microsoft Office Word. Kemudian, mereka di ajar cara menggunakan keyboard semasa menaip dan diajar cara mencetak surat tersebut terus dari komputer yang mereka gunakan.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar