Tarikh   : 25 Februari 2019

Masa     : 0900 - 1200

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Guru KAFA

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar guru KAFA memgatur format assignment mereka di MS Office Word. Pengaturan format pada awal penulisan MS Office Word amatlah penting supaya kerja yang dibuat nanti akan nampak lebih kemas dan teratur sekaligus memudahkan pensyarah membaca tulisan kerja mereka.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan membuka MS Office Word. Kemudian pelajar di ajar cara mengatur format yang dikehendaki satu per satu supaya mereka cepat dan mudah faham apa yang diterangkan oleh petugas. 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 23 Februari 2019

Masa     : 1400 - 1700

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Lepasan Sekolah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar belia lepasan sekolah (SPM) membuat alamat emel menggunakan Google Account. Alamat emel sangat penting dimiliki di kerana alamat emel diperlukan untuk memohon pekerjaan di internet dan alamat emel juga memudahkan para majikan menghubungi pencari kerja selain menggunakan medium telefon (nombor telefon).

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan membuka Google Chrome dan menaip 'Create Google Account' di kotak carian. Pelajar kemudian diajar cara membuat emel yang 'official' dengan menggunakan nama yang elok serta mencipta kata laluan yang selamat dan mudah diingat. Mereka kemudian dinasihatkan supaya sentiasa tidak lupa untuk 'log keluar' setelah 'log masuk' di mana-mana komputer yang bukan milik mereka sendiri.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 11 Februari 2019

Masa     : 0900 - 1200

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Guru KAFA

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan memperkenalkan Guru KAFA dengan penggunaan SMART ART dalam penulisan Microsoft Office Word. Aplikasi SMART ART ini berfungsi untuk memudahkan kerja penulisan kita di dalam Microsoft Office Word. Sebagai contoh ia memudahkan seorang guru membuat peta minda untuk membuat nota kepada anak murid beliau.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan apa itu SMART ART dan apa jenis/bentuk SMART ART yang boleh digunakan. Kemudian beliau diajar cara memasukkan SMART ART tersebut ke dlaam penulisan Micrisoft Office Word beliau. Beliau di ajar cara menambah kotak pada SMART ART tersebut dan beliau juga diajar cara mengubah warna kotak yang sedia ada. 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

 

Tarikh   : 12 Februari 2019

Masa     : 0900 - 1200

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Guru KAFA

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mendedahkan guru-guru KAFA tentang penggunaan dan kepentingan emel dalam kehidupan teknologi masa kini. Alamat emel perlu dimilik oleh setiap guru untuk memudahkan kerja menghantar dan menerima dokumen yang dikongsi bersama rakan-rakan meraka di samping mudah untuk menerima maklumat daripada pihak atasan mereka.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada Dashboard Komuniti dan menggalakkan pelajar supaya lebih kerap menggunakan aplikasi DAshboard Komuniti baik di komputer mahupun di telefon pintar. Kemudian guru KAFA diminta membuka gmail masing-masing. Mereka kemudian cara menghantar emel baru kepada alamat emel yang telah diberikan kepada mereka. Mereka kemudian diajar cara menyertakan (attach) dokumen dalam emel tersebut. Mereka kemudian membuat dan terus membuat sehingga mereka faham dan tahu fungsi-fungsi setiap tanda pada window emel tersebut.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

 

Tarikh   : 10 Februari 2019

Masa     : 1400 - 1700

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar pelajar cara menambak baik / mengubahsuai gambar dengan menggunakan aplikasi Adobe Photoshop. Pelajar telah mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan Adobe Photoshop. Jadi amat mudah untuk beliau menjelajah penggunaan dan fungsi-fungsi lain yang terdapat di Adobe Photoshop.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan membuka aplikasi Adobe Photoshop di komputer. Kemudian pelajar memilih gambar yang hendak diubahsuai di dalam komputer. Pelajar kemudian memulakan proses penambahbaikan gambar dengan tunjuk ajar dan pemantauan daripada petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar