Tarikh   : 28 September 2017

Masa     : 8.00 am - 2.00 pm

Lokasi   : Pi1M Sadong Jaya

Peserta : Jawantankuasa Kampung, Ahli PI1M Sadong Jaya

 

Tujuan:

Hari Dashboard Komuniti ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan apakah itu Dashboard Komuniti kepada penduduk setempat khasnya untuk Jawatankuasa Kampung dan ahli-ahli PI1M Sadong Jaya. Dengan pengenalan tersebut, penduduk kampung dapat menggunakan kemudahan yang terdapat di Dashboard Komuniti seperti My Soal, My Shop, My Health dan My Place. Penduduk boleh mewujudkan pengumuman penting untuk orang ramai, serta menjual mahupun membeli produk yang telah sedia ada di Dashboard Komuniti.

 

Aktiviti:

Program dimulakan dengan taklimat ringkas dari petugas PI1M mengenai apakah itu dashboard komuniti dan slot slot yang terdapat di dalamnya. Para peserta program diajar cara log masuk di komputer dan memuat turun aplikasi dashboard komuniti di telefon pintar. Para peserta diberi tunjuk ajar satu persatu cara menggunakan slot slot di dalam dashboard komuniti. Para peserta mencuba sendiri menggunakan aplikasi dashboard komuniti di komputer mahupun di telefon pintar masing-masing. Mereka diberi cenderamata untuk menghargai usaha mereka dalam belajar menggunakan aplikasi dashboard komuniti tersebut. Para peserta juga diberi peluang untuk menggunakan aplikasi My Health untuk menguji tahap tekanan darah mereka.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh : 18 Ogos 2017

Masa : 8.00 am - 11.30 pm

Lokasi : Pi1M Sadong Jaya

Peserta : Pelajar sekolah menengah dan rendah, orang awam

 

Tujuan:

Kelas ICT (Adobe Photoshop) ini bertujuan untuk membiasakan diri para pelajar dengan penggunaan Adobe Photoshop serta memberi pendedahan asas mengenai komputer. Dengan adanya kelas ini para pelajar dapat mempelajari kemahiran kegunaan software Adobe Reader untuk mengedit gambar-gambar mereka sendiri. Dengan kemahiran yang ada, para pelajaran dapat menghasilkan kerja-kerja kursus dan kerja sekolah mereka dengan baik dan cantik.

 

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan penerangan dan demonstrasi ringkas daripada petugas. Petugas mengajar kemahiran asas menggunakan software Adobe Photoshop. Seusai penerangan, aktiviti diteruskan lagi dengan latihan oleh pelajar itu sendiri dengan bantuan petugas. Pemahaman para pelajar meningkat dengan membuat banyak latihan dan mencuba sendiri menambahbaik gambar dengan menggunakan software Adobe Photoshop.

 

 

 

Tarikh : 7 - 9 Ogos 2017

Masa : 8.00 am - 5.00 pm

Lokasi : Pi1M Sadong Jaya

Peserta : 1 orang

 

Tujuan :

Kursus ini diadakan khusus untuk Penolong Pengurus. Tujuan kursus ini adalah untuk mengajar peserta (Penolong Pengurus) agar dapat mengajar semula dengan modul yang tepat serta memberi ilmu pengetahuan asas tentang keusahawanan. Di samping itu, peserta dapat menggalakkan komuniti untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

 

Aktiviti :

Peserta diajar mengenai asas keusahawanan berdasarkan modul yang diberi intel. Terdapat 2 Pembelajaran Intel iaitu Intel Learn Easy Steps dan Enterpreneurship Basics. Sesi pembelajaran Intel Learn Easy Steps terdapat 14 modul dan sesi pembelajaran Enterprenuership Basics terdapat 15 modul. Peserta dimuinta untuk membuat satu perniagaan dan seterusnya membuat pembentangan bagi setiap latihan di dalam buku panduan berikut.

 

Klik Di Sini Untuk gambar

 

 

Tarikh : 5 Ogos 2017

Masa : 2.00 pm - 5.00 pm

Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah dan Rendah

 

Tujuan:

Kelas ICT (Excel) ini bertujuan untuk memperkenalkan dan membiasakan diri pelajar-pelajar dengan Micrisoft Excel serta memberi pendedahan tentang asas penggunaan komputer. Dengan adanya asas penggunaan Microsoft Excel, para pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran mereka dalam aktiviti akademik mereka seperti membuat jadual dan merancang aktiviti seharian.

 

Aktiviti:

Kelas ini dimulakan dengan demonstrasi dan penerangan dari petugas tentang fungsi yang terdapat dalam Microsoft Excel. Aktiviti disusuli dengan latihan kepada pelajar untuk membuat sendiri dengan dibantu oleh petugas. Para pelajar diajar memasukkan data ke dalam Microsoft Excel dan mennyimpan fail Excel tersebut ke dalam dokumen.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh : 2 dan 5 Ogos 2017
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pi1M Sadong Jaya
Peserta : 20 orang

 

Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar OKU pada 2 Ogos 2017, dan 16 orang pelajar sekolah menengah pada 5 Ogos 2017. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memperkenalkan tentang Pertandingan Dashboard Komuniti yang berlangsung sepanjang tahun 2017.
   
Aktiviti 

Para pelajar diterangkan tentang syarat-syarat dan cara-cara untuk mengikuti Pertandingan Dashboard Komuniti tersebut. Para pelajar diajar cara memuat turun aplikasi Dashboard Komuniti dan Durian Runtuh. Kemudian, para pelajar ditunjukkan cara menjawab soalan kuiz Dashboard Komuniti dan cara bermain Durian Runtuh.