Tarikh : 19 Januari 2019 Masa : 1430 - 1630 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah menengah membuat jadual bertugas menggunakan MS Office Word dengan fungsi 'insert table'. Hal ini memudahkan pelajar membuat jadual dengan lebih mudah menggunakan komputer berbanding secara manual.
Aktiviti:
Pelajar di ajar cara memasukkan jadual ke dalam Word Document. Pelajar di ajar cara mengenalpasti berapa 'column' dan 'row' yang dia perlukan untuk satu jadual tersebut supaya senang untuk memasukkan table. Kemudian pelajar diajar cara mengubah suai saiz jadual (tinggi dan panjang petak) mengikut kehendaknya sendiri. Pelajar kemudian membuat sendiri dengan bantuan dan pemantauan daripada petugas.
Tarikh : 18 Januari 2019 Masa : 1000 - 1130 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Guru KAFA |
Tujuan:
Kelas Dashboard Komuniti ini bertujuan mengajar dan memperkenalkan kepada Guru KAFA (pelajar) tenteng penggunaan laman sesawang Dashboard Komuniti. Mereka juga di perkenalkan dengan penggunaan setiap modul yang terdapat di Dashboard Komuniti.
Aktiviti:
Antara aktiviti yang dilakukan adalah pengenalan Dashboard Komunitit dan penggunaan MyKomuniti. Pelajar diajar cara membuat pengumuman di MyKomuniti dan melihat barangan jualan ahli Pusat Internet Sadong Jaya yang lain di MyShop. Aktiviti sampingan adalah aktiviti Klik Dnegan Bijak di mana mereka ditayangkan video Klik Dengan Bijak dan diterangkan serba sedikit mengenai tajuk-tajuk KDB Talk.
Tarikh : 15 Januari 2019 Masa : 1400 - 1500 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Belia (2 orang) |
Tujuan:
Kelas ICT ini bertujuan mengajar belia mencari dan menyusun kembali dokumen yang mereka telah muat turun dari laman web tertentu. Penyusunan dokumen yang betul dan kemas penting agar di masa yang akan datang mudah untuk kita mencari kembali di mana letaknya file dokumen yang telah kita simpan di dalam komputer. Mereka juga diajar cara mencetak dokumen yang telah mereka muatturun terus dari komputer yang mereka gunakan. Cara mencetak yang betul akan menghasilkan produk dokumen yang menarik dan memuaskan hati mereka sendiri.
Aktiviti:
Belia diajar cara mencari dokumen yang mereka telah muatturun di dalam folder 'download' di dalam komputer. Kemudian mereka menyusun (dan menghantar) dokumen tersebut ke dalam 'Pendrive' milik mereka sendiri. Setelah itu mereka diajar cara mencetak dokumen tersebut dengan format yang betul mengikut konsep yang mereka inginkan.
Tarikh : 15 Januari 2019 Masa : 1500 - 1700 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Warga Perak |
Tujuan:
Kelas ICT MS Office Word ini bertujuan menambahkan ilmu pengetahuan pelajar warga perak tentang fungsi-fungsi di dalam penulisan MS Office Word. Beliau telah di ajar cara penggunaan SMART ART dalam membuat carta organisasi persatuan yang beliau ikuti.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan dan penerangan ringkas petugas mengenai fungsi dan cara penggunaan SMART ART dalam penulisan MS Office Word. Pelajar kemudiannya membuat sendiri dengan pemantauan dan tunjuk ajar daripada petugas. Kelas diadakan selama 2 jam dan hasil daripada penulisan carta organisasi pelajar dicetak untuk simpanan beliau sendiri dan simpanan persatuan yang beliau ikuti.
Tarikh : 13 Disember 2018 Masa : 9.30 am - 11.30 am Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan para pelajar sekolah menengah tentang penggunaan asas MS Office Excel dalam kehidupan harian seorang pelajar. MS Office Excel amat penting dipelajari kerana ianya adalah salah satu platform yang sangat sesuai untuk membuat jadual khasnya.
Aktiviti:
Pelajar diberi penerangan dan pengenalan ringkas tenteng penggunaan MS Office Excel dan diajar cara-cara 'shorcut' ketika menggunakan MS Office Excel. Kemudian pelajar diberi latihan praktikal supaya mereka lebih memahami apa yang telah mereka pelajari.