Tarikh : 5 Mac 2019 Masa : 1400 - 1700 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Lepasan Sekolah Menengah (Belia) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar belia membuat minit mesyuarat untuk persatuan belia yang beliau ikuti di kampung beliau. Penulisan minit mesyuarat yang baik dan kemas dengan isi yang padat dan lengkap adalah amat bagus bagi menaikkan sesuatu nama persatuan itu kerana hasil perbincangan mereka jelas tercatat dalam minit mesyuarat tersebut.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk penjagaan komputer oleh petugas. Kemudian pelajar diajar mengatur setting layout yang dikehandaki pada Microsoft Word agar format penulisan tidak lari semasa proses menaip. Pejara kemudian diajar cara membuat minit mesyuarat. Setelah siap, pelajar diajar cara menyimpan dokumen tersebut ke dalam pendrive untuk dicetak di masa akan datang.
Tarikh : 2 Mac 2019 Masa : 0900 - 1200 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mengajar pelajar sekolah menengah menggunakan aplikasi Movie Maker untuk menghasilkan dan mengedit video dan audio yang beliau perlukan. Aplikasi Movie Maker adalah aplikasi yang memang sedia ada di dalam setiap PC yang menggunakan Windows. Ada juga aplikasi lain untuk membuat dan mengedit video tetapi ia perlu dimuat turun atau dibeli di internet.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan memuat turun video yang diperlukan di Youtube. Setelah cukup kesemua video yang perlu, pelajar diminta membuka aplikasi Movie Maker dan mengupload video video tersebut ke dalam aplikasi Movie Maker. Kemudian, pelajar diajar cara memotong dan membuang video yang tidak diperlukan. Pelajar kemudian diajar cara menyimpan video tersebut ke dalam komputer dan menukarkan video tersebut ke dalam audio.
Tarikh : 27 Februari 2019 Masa : 0900 - 1200 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Kakitangan KEMAS |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar kakitangan KEMAS mengedit semula laporan yang sedia ada dan membuat laporan yang baru. Mereka juga diajar cara memuat turun dokumen ke dalam komputer melalui WhatsApp Web.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan memuat turun dokumen yang dihantar melalui WhatsApp ke dalam komputer. Kemudian mereka diajar cara mencari dan menyusun semula dokumen tersebut ke dalam Pendrive milik mereka sendiri. Mereka kemudian diajar cara membuka dokumen tersebut kemudian mengubah semula isi di dalam dokumen tersebut kepada isi yang sepatutnya.
Tarikh : 1 Mac 2019 Masa : 0900 - 1200 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Kakitangan KEMAS |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar kakitangan KEMAS yang sedang membuat portfolia mereka. Portfolio ini perlu dihantar kepada penyelia masing-masing di mana portfolio ini menerangkan tugasan yang yang mereka jalankan sepangjang tahun 2019.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan membuka dokumen portfolio lama di dalam pendrive milik mereka sendiri. Kemudian mereka mengubah apa yang patut di dalam dokumen portfolio tersebut kepada maklumat baru.
Tarikh : 26 Februari 2019 Masa : 0900 - 1200 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar belia membuat resume untuk memohon pekerjaan. Resume adalah salah satu medium yang penting ketika temuduga untuk mencari pekerjaan. Resume yang menarik adalah resume yang simple tetapi padat dengan info si pencari kerja.
Aktiviti:
Belia diajar cara membuat resume dengan menggunakan MS Office Word. Oleh sebab belia memerlukan resume tersebut dengan kadar yang segera, bbeliau hanya diajar cara mengedit template resume yang sedia ada kerana ketiadaan masa yang cukup untuk mengajar beliau membuat resume dari mula. Beliau membuat sendiri dengan mengedit info-onfi beliau dengan pemantauan dan bantuan petugas.