Tarikh : 4 Ogos 2019 Masa : 09.00 - 12.30 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Mengajar pelajar sekolah rendah mencari video yang mereka suka di laman web YouTube. Beliau juga diterangkan sedikit sebanyak tentang penjagaan komputer dan penggunaan internet yang betul.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan mengajar pelajar cara START komputer dan memasukkan no kad pengenalan mereka di CMS Client login sistem. Kemudian, pelajar diterangkan tentang penjagaan komputer dan cara penggunaan internet yang betul dan berhemah. Pelajar kemudian diajar cara membuka laman web YouTube di Google Search Engine dan mencari video yang beliau suka. Pelajar dipesan supaya tidak membuka video yang tidak elok dan tidak sepatutnya.
Tarikh : 1 Ogos 2019 Masa : 09.00 - 12.30 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar kakitangan KEMAS (Wanita) mengemaskini maklumat beliau di dalam sistem HRMIS. Beliau seorang wanita yang sudah berusia dan akan bersara tidak lama lagi.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan mengajar beliau membuka laman web HRMIS di Google Search Engine. Beliau kemudian memasukkan id pengguna dan password yang telah diberikan kepada beliau. Kemudian beliau mengemaskini maklumat peribadi beliau seperti yang diminta oleh jabatan beliau dengan bantuan dan pemantauan petugas.
Tarikh : 24 Julai 2019 Masa : 09.00 - 12.30 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar kakitangan KEMAS (wanita) menggunakan MS Office Excel untuk mengemaskini kerja pejabat mereka. Beliau juga di ajar cara menyimpan dokumen tersebut ke dalam komputer dan pendrive milik beliau.
Aktiviti:
Pelajar diajara cara mencari dokumen Excel dari dalam pendrive milik beliau. Beliau kemudian di ajar cara mengemaskini dokumen tersebut dan kemudian menyimpan kembali dokumen kembali dokumen tersebut ke dalam pendrive.
Tarikh : 24 Julai 2019 Masa : 14.00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar kakitangan KEMAS (wanita) menggunakan aplikasi WhatsApp Web di komputer. Mereka di ajar cara memuat turun dokumen dari WhatsApp Web ke dalam komputer. Kemudian mereka di ajar cara mencari dokumen yang dimuatrurun dan menyusun semula dokumen tersebut ke dalam pendrive milik mereka sendiri.
Aktiviti:
Pelajar di ajar cara membuka Google Chrome dan menaip WhatsApp Web di Google Image Search Engine. Mereka kemudian di ajar cara memuat turun dokumen yang dihantar rakan mereka dari WhatsApp Web ke dalam komputer. Mereka kemudian mengemaskini dokumen yang dimuatturun tersebut dan menyimpan kembali ke dalam pendrive milik mereka sendiri.
Tarikh : 19 Julai 2019 Masa : 14.30 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah menengah menyimpan gambar yang dicari dari internet melalui Google Search Engine. Pelajar diajar cara langkah demi langkah agar mereka faham dan mudah untuk mereka membuat sendiri suatu masa nanti.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan membuka laman web google dan mencari gambar yang dikehendaki di Google Image Seacrg Engine. Setelah menemui gambar yang dicari, pelajar diajar cara memuat turun dan seterusnya menyimpan gambar tersebut ke dalam pendrive.