Tarikh   : 18 Mei 2019

Masa     : 0900 - 1200

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar belia untuk membuat surat jemputan sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran untuk masjid di kawasan beliau. Belia adalah setiausaha untuk masjid tersebut dan beliau harus pandai dan bijak menggunakan MS Office Word untuk medium menaip surat-surat yang bakal diperlukan.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan mengajar belia menaip dan mengedit semula surat yang telah sedia ada mengikut butiran dan maklumat yang baru. Belia membuat sendiri dengan pemantauan daripada petugas. Surat yang telah siap kemudian dicetak mengikut jumlah yang dikehendaki.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 29 April 2019

Masa     : 1400 - 1700

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah rendah mencari video yang mereka minati di laman web Youtube. Tidak dinafikan kebanyakkan kanak-kanak zaman sekarang bijak menggunakan teknologi terutamanya smartphone, akan tetapi tidak semua pandai menggunakan teknologi komputer. Dengan adanya kelas ini, pelajar dapat mengetahui cara menggunakan laman web youtube dengan betul dan bijak.

 

Aktiviti:

Pelajar di ajar cara membuka laman web youtube melalui Google seacrh engine. Mereka kemudian di ajar cara mencari video yang mereka minati dengan menaip tajuk video diruangan 'search'. Mereka kemudian diajar cara menggunakan kaedah 'fullscreen' dan mengecilkan volume supaya tidak mengganggu pengguna yang lain.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 20 April 2019

Masa     : 1400 - 1700

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah menengah mengedit dan mencantum lagu-lagu yang beliau telah muat turun untuk dijadikan sebagai satu audio file (medley song). Pelajar di ajar mengedit lagu tersebut menggunakan aplikasi Windows Movie Maker (aplikasi yang paling mudah didapati kerana telah sedia ada di dalam PC)

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk Penjagaan Komputer kepada pelajar. Pelajar kemudian di ajar cara menambah lagu yang dikehendaki ke dalam file movie maker. Kemudian beliau di ajar cara memotong dan membuang bahagian lagu yang tidak diperlukan dan mencantumkannya dengan lagu lain. Setelah siap, pelajar di ajar cara menyimpan (save as) projek tersebut kepada audio sahaja. Beliau kemudian menyimpan file audio yang telah siap ke dalam pendrive milik beliau.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 22 April 2019

Masa     : 0900 - 1300

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Wanita (Kakitangan KEMAS)

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar dan membimbing kakaitangan KEMAS untuk mengedit laporan kerja mereka dalam file MS Office Word. Laporan/borang ini perlu dihantar kepada penyelia mereka pada hari ynag telah ditetapkan. Mereka di ajar cara measukkan gambar dan menyimpan file (save as) memandangkan file yang sama perlu diubah untuk tempat dan lokasi yang berbeza.

 

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan KDB Talk Penjagaan Komputer. Kemudian mereka di ajar cara menghantar (send to) file yang berada dalam pendrive A ke pendrive B. Kemudian, mereka di ajar cara mengedit maklumat di dalam laporan/borang yang asal dan menyimpan (save as) atas nama mengikut lokasi mereka mengajar. Di samping itu, mereka juga di ajar cara mendownload gambar yang diperlukan melaui whatsApp Web. Dan akhir sekali, setelah siap semua file yang diperlukan, mereka menghantar semua file tersebut kepada penyelia mereka melalui emel.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 10 April 2019

Masa     : 1000 - 1300

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelajar PDK Sadong Jaya

 

Tujuan:

Aktiviti ini bertujuan memperkenalkan kepada pelajar-pelajar kurang upaya (Pelajar PDK Sadong Jaya) tentang bahana penggunaan internet yang salah. Memandangkan para pelajar adalah golongan orang kurang upaya, tayangan video adalah cara yang baik bagi memperkenalkan mereka kepada program KDB (Klik Dengan Bijak) berbandingan dengan pembentangan slide presentations ataupun penerangan yang agak panjang.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan penerangan yang sangat ringkas tentang Klik Dengan Bijak (KDB) dan video-video yang bakal mereka tonton. Petugas kemudian menayangkan video-video KDB yang berkaitan dan memberi penerangan dan pengajaran ringkas untuk setiap video yang mereka tonton supaya mereka faham akan apa yang mereka tonton.

Klik Di Sini Untuk Gambar